Kejam,
bodoh dan tidak berperikemanusiaan. Itu gambaran paling tepat buat
pelaku selepas satu rakaman video yang memaparkan seorang kanak-kanak
lelaki didera dengan kejam tersebar di media sosial hingga mencetus
kemarahan orang ramai.
Berdasarkan
pemerhatian pada video berdurasi 39 saat itu, pergelangan tangan
kanak-kanak lelaki malang itu diikat dengan menggunakan tali plastik dan
kemudian mangsa digantung pada palang bumbung.
Mangsa
yang dianggarkan berumur dalam lingkungan 5 tahun itu menjerit
kesakitan dan dilihat berhempas pulas cuba melepaskan ikatan yang
menjerut pergelangan tangannya.
Difahamkan, pelaku yang tidak berhati perut itu bertindak menghukum kanak-kanak terbabit hanya kerana kenakalan kanak-kanak itu.
Rata-rata
yang telah menonton video tersebut mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan
individu yang bertanggungjawab menyiksa kanak-kanak berkenaan. Ramai
mengharapkan pelaku segera ditahan pihak berkuasa serta dikenakan
hukuman seberat-beratnya. Bagaimanapun sehingga lokasi sebenar kejadian
itu berlaku masih belum dapat dipastikan.
Mungkin
banyak sebab kenapa ibu bapa kepada kanak-kanak ini bertindak
sedemikian. Antaranya mungkin disebabkan pelaku menghadapi tekanan di
tempat kerja dan masalah tersebut dibawa balik ke rumah. Oleh kerana
gagal mengawal stres, anak-anak yang tidak berdosa menjadi tempat
melepaskan geram.
Ingat!
jika hendak "mengajar anak" biarlah berpada-pada kerana penderaan boleh
mendatangkan trauma dan implikasi negatif terhadap kehidupan anak-anak
dalam jangka masa panjang. - www.kakishare.my
EmoticonEmoticon