Seorang pembantu peniaga diarah pulang oleh Majlis Perbandaran Kuantan
(MPK) kerana berpakaian menjolok mata di bazar Ramadan Jalan Sungai
Lembing
Di bulan mulia ini seharusnya kita sebagai umat Islam perlu tahu adab
kelakuan serta berpakaian ketika mahu keluar rumah dan janganlah memakai
pakaian yang seksi, perbuatan itu samalah seperti tidak menghormati
bulan mulia ini.
Peniaga makanan di bazar sepatutnya mematuhi etika berpakai ketika
menjalankan perniagaan supaya tidak mengundang pandangan negatif di
kalangan pengunjung bazar tersebut.
Itulah yang berlaku di Kuantan apabila seorang pembantu peniaga diarah pulang oleh Majlis
Perbandaran Kuantan (MPK) kerana berpakaian menjolok mata di bazar Ramadan
Jalan Sungai Lembing, di sini, kelmarin.
Wanita berusia awal 20-an itu didapati tidak mematuhi etika
berpakaian yang ditetapkan MPK, malah melanggar aspek kebersihan apabila tidak
memakai tudung atau penutup kepala, lapor Metro.
Menurut Ketua Seksyen Perhubungan Awam MPK, Izad Zainal
Muhammad Safian, disebabkan itu wanita terbabit diarah pulang ke rumah untuk
menukar pakaian yang lebih sesuai.
“Amalan kebersihan itu bukan saja pada makanan dan minuman
yang disediakan tetapi juga kebersihan gerai serta kawasan persekitaran,”
katanya.
Tambahnya lagi, MPK tegas dalam soal etika berpakaian dan
kebersihan, selain menempatkan pegawai di setiap lokasi bazar Ramadan untuk
memudahkan pengunjung membuat aduan.
“Bagaimanapun secara keseluruhannya kita berpuas hati dengan
komitmen semua peniaga bazar Ramadan setakat ini dan meminta mereka mematuhi
peraturan itu sepanjang Ramadan,” katanya.-suaratv
EmoticonEmoticon