Empat Remaja Termasuk Pelajar Sekolah Didakwa Bunuh Nhaveen, Dua Menangis Teresak-esak

Susulan kes membunuh seorang remaja lelaki, T Nhaveen, 9 Jun lalu, hari ini seramai empat lelaki termasuk dua daripada remaja bawah umur didakwa di Mahkamah Majistret George Town.


Bernama melaporkan tiada pengakuan yang direkodkan selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohamad Amin Shahul Hamid.
Dua remaja berusia 18 tahun iaitu J. Ragesuthen dan S. Gokulan dan dua lagi remaja berusia 16 dan 17 tahun didakwa menyebabkan kematian mangsa di Pusat Pembelajaran Karpal Singh, Jalan Kaki Bukit.
Ini menyebabkan kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum mandatori gantung sampai mati jika disabit kesalahan.
Mereka dikatakan menangis di dalam mahkamah sebaik melihat kelibat saudara-mara yang hadir dalam sidang tersebut.
Difahamkan Majistret Mohamad Amin Shahul Hamid menetapkan 28 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes.


Manakala di Mahkamah Sesyen, kesemua tertuduh turut berdepan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, kesemua mereka mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan secara bersama itu yang menyebabkan kecederaan parah kepada Nhaveen.
Kesemua tertuduh tidak dibenar diikat jamin sementara menetapkan 21 Ogos hadapan bagi sebutan semula kes itu. – Sumber: Bernama/ Astro Awani
Previous
Next Post »
close
loading...