Ingat lagi kes seorang lelaki dipukul sehingga mati akibat tersalah
masuk dalam tandas wanita dan dituduh mencabul gadis di kompleks
beli-belah di Jalan Putra, di sini, bulan lalu, didakwa di Mahkamah
Majistret, semalam atas pertuduhan membunuh.
Ketika pertuduhan dibacakan Farah Waheda menitiskan air mata manakala
tiga lagi tertuduh kelihatan tenang, namun tiada pengakuan direkodkan
daripada semua tertuduh.
Mengikut kertas pertuduhan mereka didakwa bersama-sama lima orang
yang masih bebas dengan niat bersama melakukan pembunuhan dengan
menyebabkan kematian Mohammad Fisol Abu, 31, di Plaza Sentosa, Jalan
Putra, di sini, jam 4 petang, 28 Mei lalu.
Mereka dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302, Kanun
Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34, kanun sama yang memperuntukkan
hukuman mati.
Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Rifaie Mohamed Riyaluddin melakukan
pendakwaan manakala peguam Pyara Singh dan Lim Wei Yong masing-masing
mewakili Hor Yong dan Chee Woie.
Dua tertuduh lagi tidak diwakili peguam dan mahkamah menetapkan 25
September untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia
serta hasil bedah siasat.
Mahkamah juga tidak membenarkan semua tertuduh diikat jamin
menyebabkan dua tertuduh beragama Islam tidak dapat meraikan Aidilfitri
bersama keluarga.
Pada 28 Mei lalu, lelaki berusia 31 tahun maut dibelasah orang ramai
berikutan dakwaan mencabul seorang wanita dalam tandas di tingkat satu
kompleks beli-belah dekat Jalan Putra, di sini.
Dalam kejadian jam 4 petang itu, lelaki berasal dari Yan itu didakwa
memeluk dari depan dan menekup mulut wanita itu sebelum ditangkap dan
dibelasah orang ramai.
Rentetan itu, dia dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB),
namun disahkan meninggal dunia selepas dua hari menerima rawatan. –
HMetro
Uncategories
Balasan Buat 4 orang Gadis Kerana Fitnah Seorang Lelaki Mencabul Mereka Dalam Tandas , Kini Berhadapan Hukuman Mati
Next
« Prev Post
« Prev Post
Previous
Next Post »
Next Post »
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
EmoticonEmoticon